Azhar Sulaiman padam status dah berdamai dengan Sharnaaz Ahmad

Azhar (kanan) dan Sharnaaz sudah berbaik dan tidak mahu bermasam muka antara satu sama lain.

Selepas beberapa episod berbalah mengenai konflik di Palestin dan pejuang Hamas, pelakon Azhar Sulaiman mengambil pendekatan untuk berdamai dan tidak memanjangkan sengketa dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Menurut Azhar, pendekatan untuk berdamai itu diambil kerana sudah sangat memahami keperibadian Sharnaaz yang dianggap sebagai rakan baiknya dalam industri seni.

“Saya dan Sharnaaz okey dan faham sangat dengan perangai dia.

Azhar bertindak memadam hantaran status ‘bersemut’ dengan Sharnaaz Ahmad dalam Instagram selepas mendedahkan mereka sudah berdamai. – INSTAGRAM.

Tiada isu besar pun,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini yang turut memuat beberapa foto bersama bintang filem Jebat itu.

Tambahnya yang popular menerusi filem Jimi Asmara itu, selain sudah ‘masak’ keperibadian Sharnaaz, dia juga enggan bermusuh dengan mana-mana anak seni yang terlibat dalam industri sama.

Industri ini kecil dan saya tidak mahu bermusuh dengan mana-mana pihak.

“Rugi sekiranya rosakkan persahabatan yang sudah lama terjalin,” jelasnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut tidak lagi kelihatan dalam Instagram Azhar dipercayai sama ada sudah dipadam ataupun diarkib.

Sebelum ini, Azhar mengundang kecaman apabila mempersoalkan strategi panglima perang Hamas memulakan serangan ke atas Israel menjadi polemik sejak beberapa hari lalu.

Pendapatnya itu membuatkan Sharnaaz tidak berpuas hati sehingga menganggap membuatkan Azhar terasa hati dengan komen balas diterimanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker