7 Sebab kenapa ada wanita pilih melanc*p ketika hamil

Tubuh wanita yang berada di dalam fasa kehamilan bukanlah penghalang untuk melakukan aktiviti yang boleh memenuhi keperluan nafsunya. Selain melakukan hubungan seks bersama pasangan, beronani semasa hamil mungkin boleh dilakukan.

Hal ini kerana, terdapat segelintir suami yang tidak berani melakukan hubungan seks bersama isteri hamil disebabkan khuatir akan menjejaskan kesihatan isteri dan kandungan bayi.

MELANCAP SEMASA HAMIL

beronani semasa hamil



Gambar: senivpetro

Buat pengetahuan pembaca, ada wanita yang akan mengalami peningkatan tahap libido semasa hamil. Ia berpunca daripada peningkatan hormon progesterone dan estrogen dalam tubuh badan. Maka, tidak hairan mereka berkehendak aktiviti yang membolehkan keperluan nafsunya dipenuhi.

Jadi, mari lihat tujuh sebab wanita hamil pilih untuk melancap

INI 7 SEBAB ONANI SEMASA HAMIL

1. Penghilang tekanan



Kehidupan seharian boleh menjadi cukup tertekan. Ditambah pula dengan keadaan diri yang hamil, bercampur pelbagai kebimbangan yang menyebabkan tekanan juga meningkat. Jadi, beronani semasa hamil adalah salah satu cara untuk mengatasinya.

Di mana, seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Brittany Noel Robles berkata, beronani boleh membantu mengurangkan perasaan tekanan atau kebimbangan. Tambahan, orgasm juga dikaitkan dengan meningkatkan tidur.

2. Selamat dilakukan semasa hamil

jika anda mempunyai kehamilan yang sihat, mengalami orgasm tidak sepatutnya menjadi kebimbangan. Namun, ibu hamil yang dengan kelahiran pramatang sebelum ini, serviks pendek, ketuban pecah pramatang, plasenta rendah atau pendarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan, harus berjumpa doktor dulu.



3. Orgasm lebih menyeronokkan semasa kehamilan

Orgasm sewaktu kehamilan mungkin akan membawa anda ke arah keseronokan yang lebih besar. Peningkatan jumlah darah yang mengalir ke alat kelamin menjadikan tempat itu lebih sensitif.

4. Tidak menyebabkan kelahiran pramatang

Para penyelidik belum menemui bukti, sama ada aktiviti seksual boleh meningkat risiko kelahiran pramatang. Namun, ramai pakar bersetuju bahasa orgasm dibolehkan semasa kehamilan.



Hal ini kerana, rangsangan pada puting atau alat kelamin boleh meningkatkan tahap oksitosin dalam tubuh wanita, merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk pengecutan rahim. Risiko teori memang ada, tetapi pastinya tidak terbukti, jelas Robles.

5. Membekalkan oksitosin

beronani semasa hamil

Gambar: racool_studio



Oksitosin adalah hormon yang bertanggungjawab untuk meletakkan anda dalam mood yang baik. Apabila anda mengalami orgasm, oxytocin turut dikeluarkan.

6. Beronani adalah satu-satunya pilihan

Suami mungkin teragak-agak untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan hamil mereka atas banyak sebab lain, termasuk takut mencederakan bayi. Ini bermakna satu-satunya peluang anda untuk orgasm adalah melakukannya secara bersendirian.

7. Lebih menyayangi diri sendiri



Apabila anda mengalami perubahan fizikal sepanjang kehamilan, adalah perkara biasa untuk mula berasa sedikit lain. Kajian 2016 dalam jurnal A 2016 study in the journal Socioaffective Neuroscience & Psychology mendapati bahawa orgasm pada wanita dikaitkan dengan harga diri yang lebih baik.

Ia adalah satu bentuk penjagaan diri yang sangat baik. Anda juga boleh menggunakan sembilan bulan hormon kehamilan dengan penggunaan yang baik dan menyeronokkan.

Kesimpulan

Onani ketika hamil itu adalah normal dan selamat. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya. Selain itu, ketahuilah beronani adalah perbuatan yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sumber: RomperHello Doktor

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker