Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dibuka, tol percuma sebulan mula hari ini

KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan yang melalui tiga plaza tol utama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) tidak perlu membayar tol masing-masing selama sebulan mulai hari ini sempena pembukaan penuh lebuh raya itu.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata pemberian tol percuma sehingga 11.59 malam pada 2 Dis itu melibatkan Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE dan Plaza Tol Setiawangsa (arah selatan dan utara)

“Selepas tempoh itu, pengguna akan membayar kadar tol RM3.50 bagi kenderaan kelas satu (kereta),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan Lebuhraya SPE.

Nanta berkata, SPE yang menghubungkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, merupakan projek membabitkan empat seksyen iaitu Kerinchi-Salak (Seksyen 1), Salak-Pandan (Seksyen 2), Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4), melibatkan jarak keseluruhan 20.7km.

Bagaimanapun, sebahagian daripada jajaran lebuh raya berkenaan iaitu Seksyen 4 dengan jarak 4.4km, telah pun dibuka kepada pengguna pada 21 Dis 2021.

“Pembukaan sepenuhnya Lebuhraya SPE ini yang merupakan jalan pintas kepada beberapa lokasi, pastinya akan membawa impak signifikan terhadap usaha kerajaan untuk membantu menyuraikan trafik Kuala Lumpur pada waktu puncak sehingga 30%, selain memperkasa usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat setempat.

“Sebagai contoh, tempoh perjalanan pada waktu puncak dari Kerinchi, Petaling Jaya ke Taman Melati, Gombak dan sebaliknya, dijangka hanya mengambil masa 35 minit berbanding satu jam 30 minit dengan laluan sedia ada, sekali gus memanfaatkan kira-kira 100,000 pengguna,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker