Rafizi kembali ke Parlimen setelah pulih dari serangan jantung

KUALA LUMPUR: Mekanisme subsidi bersasar sepatutnya dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, namun terpaksa ditangguhkan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pembentangan itu tergendala selepas beliau dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami serangan jantung.

Susulan itu, beliau mengesahkan keputusan mengenai bentuk mekanisme subsidi bersasar itu akan ditetapkan oleh kerajaan pada masa terdekat.



“Soal sama ada kerajaan sudah memutuskan mekanisme, ia sepatutnya dibentangkan pada (mesyuarat) Jemaah Menteri dua minggu lalu.

“Tetapi saya di hospital, jadi Insya-Allah ia akan dibentangkan dan kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika penggulungan itu, Rafizi turut menyentuh mengenai kemajuan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang setakat ini mencapai perkembangan 72 peratus membabitkan penggemblengan 29.8 juta data rentas kementerian dan agensi.

Selepas pangkalan data itu siap kelak, beliau berkata, proses penyaluran subsidi secara bersasar akan dilakukan secara adil kepada isi rumah yang dikenal pasti layak.



“Saya faham dan pasti semua ahli (Dewan Rakyat) menghargai cukup penting untuk kita yakinkan rakyat dan juga sistem kerajaan bahawa PADU ini benar-benar boleh berlaku adil kepada penerima.

“Sebab kalau tidak yang ini akan bagi RM50, yang itu bagi RM100. Jadi orang yang dapat (bantuan) itu tercicir kiri kanan. Ia tak ada kesan kepada keluarga sedangkan jumlah dibelanjakan kerajaan itu berpuluh-puluh bilion ringgit.

“Jadi matlamat untuk memastikan kita mula menyatukan bentuk bantuan ini sebahagian daripada langkah jangka sederhana kerajaan. Saya ingat kita kena melalui proses ini dulu iaitu kita sasarkan (penyaluran) subsidi untuk petrol dan diesel terlebih dulu, untuk tengok PADU ini betul-betul berlaku adil kepada rakyat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker