Fazley nafi rumah tangga Mawar Rashid dan Raf bergolak

Kuala Lumpur: Penyanyi dan Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan rumah tangga adiknya Raf Yaakob dengan pelakon Mawar Rashid bergolak selepas timbul spekulasi mendakwa demikian.

Fazley, 45, menegaskan hubungan pasangan itu tiada masalah meskipun baru-baru ini pelbagai cerita panas menimpa pelakon Mawar Rashid terutama isu buka tudung.

“Sebenarnya tak ada pun. Sebab saya memang sangat rapat dengan Raf. Raf bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat dapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga.



“Yang seronoknya, Raf pun semalam baru balik umrah kan. Saya tanya bagaimana (rumah tangga), dia cakap semua okay. Sebab dia memang jenis sangat ‘open’ dengan saya,” katanya.

Berhubung isu Mawar memilih untuk membuka tudung sebelum ini, Fazley akui memang ambil berat mengenai hal terbabit.

Dia juga dimaklumkan keadaan Mawar baik-baik saja meskipun sebelum ini tindakannya itu dibuat kerana berdepan tekanan.

“Itu adalah pilihan peribadinya. Keluarga menanti, melihat, mendoakan yang terbaik untuknya. Sejak isu itu, saya tidak berjumpa dengannya (Mawar). Saya bagi ruanglah.



“Tapi sudah tentulah sebagai abang long, saya orang pertama yang ‘WhatsApp’ dia. Saya nyatakan sentiasa di belakangnya dan yakin dia sudah fikir betul-betul. Raf kata keadaannya baik-baik saja, alhamdulillah,” kata Fazley ketika ditemui di Restoran Suka Sucre miliknya, di sini, pada sesi bersama media, hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker