Fitnah papagomo, Menteri Agama dapat perintah injuksi

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo diperintahkan Mahkamah Tinggi di sini, untuk memadamkan klip video di akaun Facebook miliknya yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam tempoh 24 jam.

Perintah terhadap blogger itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong selepas membenarkan injunksi ex-parte (secara sebelah pihak) yang dipohon Mohd Na’im melalui prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Melalui perintah berkenaan, Papagomo dilarang daripada menerbitkan, menyiarkan atau berkongsi semula video bertarikh 18 September lalu yang mengandungi kenyataan berbaur fitnah beserta klip video selama enam minit 41 saat diambil daripada akaun tiktok @nurhafizulbadrulhisham”, daripada laman Facebook miliknya.



Papagomo juga dilarang daripada menerbitkan, menyiarkan dan berkongsi kenyataan fitnah yang mempunyai kesan yang sama seperti hantaran berkenaan dan memadamkankannya dalam tempoh 24 jam.

Perkara itu disahkan oleh peguam Mohd Na’im, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang dibantu Dr Mohd Rafie Mohd Shafie.

Injunksi yang diperoleh Mohd Na’im itu adalah berhubung kes saman difailkanya terhadap Papagomo (defendan) pada 19 Oktober lalu, selepas mendakwa defendan menerbitkan hantaran berbaur fitnah di akaun Facebook miliknya dikenali sebagai `Sir Azri’ sehari sebelumnya.

Menurut Mohd Na’im selaku plaintif, di dalam hantaran Facebook itu, defendan memuat naik satu klip video selama enam minit 41 saat, yang diambil daripada akaun tiktok @nurhafizulbadrulhisham.



Plaintif mendakwa, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam.

Mohd Na’im berkata, ia adalah kerana beliau yang kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual adalah seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu yang beragama Islam di negara ini.

Katanya, kenyataan berbaur fitnah itu menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status dirinya di kalangan masyarakat umum.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker