Kelar bapa hingga mati, Nazri Abdullah terlepas hukuman mati

Seorang bekas pemandu lori terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya menggantikannya dengan penjara 35 tahun bagi kesalahan mengelar bapanya hingga mati di sebuah rumah di Felda Lui Timur, Negeri Sembilan, enam tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Azmi Ariffin dan S M Komathy, lapor Berita Harian.

Ia sekali gus mengetepikan rayuan Mohamad Nazri Abdullah, 51, untuk dilepas dan dibebaskan atau diganti dengan hukuman pemenjaraan selepas Mahkamah Tinggi Seremban mensabitkan hukuman gantung hingga mati ke atasnya.



“Selepas mengambil kira hujahan dikemukakan pihak peguam dan pendakwaan, rayuan perayu terhadap sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ditolak dan mahkamah ketepikan hukuman (mati) itu digantikan dengan hukuman penjara 35 tahun, selain mengambil kira fakta perayu menjaga bapanya yang baharu keluar dari hospital dan tiada motif pembunuhan.

“Hukuman itu diperintahkan bermula dari tarikh perayu ditangkap,” kata Vazeer Alam.

Nazri yang juga mualaf ditangkap pada 4 Julai 2017.

Terdahulu, Vazeer Alam ketika membacakan keputusan itu berkata, mahkamah bersetuju bahawa hakim bicara (hakim Mahkamah Tinggi) terkhilaf dengan menerima pengakuan yang dibuat oleh perayu kepada isterinya dan keterangan itu bercanggah dengan Seksyen 122 Akta Keterangan 1950.



“Bagaimanapun, sekiranya keterangan ini dikecualikan, mahkamah mendapati terdapat bukti yang mencukupi untuk membuktikan pertuduhan terhadap perayu berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan tiada sebab untuk mahkamah ini mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz mengendalikan pendakwaan manakala peguam Ahmad Ishrakh Saad mewakili perayu.

Pada 15 Dis 2021, lelaki itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana menyebabkan kematian bapanya, S Valaytham, 76, di sebuah rumah di Felda Lui Timur, Bahau, Negeri Sembilan pada 2 Julai 2017, antara 10.30 malam hingga 11.20 malam.

Seramai 16 saksi dipanggil pihak pendakwaan dan di akhir kes pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa satu kes prima facie berjaya dibuktikan.



Media sebelum ini melaporkan, mayat mangsa yang juga peneroka tanah rancangan, Valaytham ditemui anggota polis peronda yang ke rumahnya selepas menerima maklumat jiran mengenai berlaku satu pergaduhan.

Kejadian berlaku apabila tertuduh yang juga anak ketiga daripada enam beradik meminta wang daripada bapanya, namun tidak diendahkan menyebabkan dia bertindak sedemikian.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker