Tanam bunga kantan raih pendapatan 5 angka
Saqdam Zaim Arffain mengusahakan tanaman bunga kantan di Bangi sejak 2015.
Tanam bunga kantan raih pendapatan 5 angka
Bekerja sebagai tukang masak hampir tiga tahun termasuk di hotel, bunga kantan menjadi salah satu bahan utama digunakan Saqdam Zaim Arffain untuk menghasilkan hidangan enak seperti laksa dan asam pedas.
Menukar kerjaya sebagai petani sejak 2015, beliau sekali lagi memilih sayur itu untuk mengembangkan potensinya dalam bidang baharu diceburinya dengan mengusahakan tanah rizab seluas tiga ekar di Bangi yang disewa.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak menoleh ke belakang di sebalik stigma masyarakat terhadap insan bergelar petani dan menjadikan kata-kata negatif untuk membakar semangatnya bagi berjaya.
Lapan tahun sejak memulakan usaha itu, beliau kini boleh tersenyum puas meraih pendapatan sekitar lima angka hasil jualan bunga kantan selain benih serta upah mengajar teknik penanaman dan permakultur.
“Kalau dulu kerja sebagai tukang masak sebulan campur kerja lebih masa, elaun lebih kurang dalam RM2,400 sebulan untuk kerja 12 jam.
“Sekarang boleh dapat dalam lima angka pendapatan. Itu termasuk jualan bunga dan semua,” katanya kepada FMT.
Namun bagi Saqdam Zaim bukan pendapatan menjadi ukuran kejayaan, paling penting kepuasan mengembangkan potensi diri yang mungkin tidak dapat dibuat ketika bekerja sebagai tukang.
Pemegang Diploma Pengurusan Hotel dan Katering dari Politeknik Sultan Idris Shah itu berkata beliau memilih untuk menanam pokok kantan kerana ia lebih mudah dijaga disamping hayatnya lebih panjang berbanding tanaman kontan (singkat) lain.
“Pokok kantan jadi pilihan saya sebab mudah dijaga…serangan tak terlalu banyak. Lagi satu dari segi jangka hayat, pokok kantan jenis ‘perennial’ maksudnya tanaman abadi,” katanya.
Setelah menghadapi pelbagai cabaran sebagai pekebun kantan, Saqdam berkata kini dia lebih memahami sains disebalik pertanian kerana menganggap tanah juga merupakan makhluk tuhan.
Katanya, untuk terjun ke bidang pertanian, seseorang itu perlulah bermula secara kecil-kecilan dengan memahami masalah sebagai pembekal bagi memenuhi permintaan pasaran. FMT
Tanam bunga kantan raih pendapatan 5 angka
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa
You must be logged in to post a comment.