Sultan Johor Agong ke-17

Sultan Johor Agong ke-17

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah diumum sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Jan depan.

Baginda akan menggantikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Jan depan.

“Menurut peruntukan paragraf 3, bahagian pertama, jadual ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

“Perdana menteri juga telah dimaklumkan,” menurut kenyataan rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Bulan lalu, Sultan Ibrahim menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Sultan Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara yang berlangsung sejak Rabu.

Bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Sultan Ibrahim mempunyai enam orang anak, iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail; Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah; Tunku Idris; Tunku Abdul Rahman; Tunku Abu Bakar; dan Tunku Abdul Jalil, yang mangkat pada 2015.

Sultan Johor Agong ke-17

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker