Reka cerita kena culik sebab takut kena marah balik sekolah lambat

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sanggup membuat laporan polis palsu kononnya diculik di hadapan sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini semalam kerana takut dimarahi bapanya selepas terleka bermain dan pulang lewat ke rumah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, laporan polis itu dibuat oleh remaja berkenaan ditemani ayahnya pada pukul 9.26 malam di kaunter aduan Balai Polis Lenggeng.

“Seorang lelaki tempatan berusia 13 tahun menyatakan pada pukul 2.15 petang semalam semasa dia berada di perhentian bas di hadapan salah sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini telah datang sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih berhenti dan menghampirinya.

“Dia memaklumkan suspek seorang lelaki telah menariknya masuk ke dalam kereta dan mengikat tangan dan mulutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, remaja lelaki itu kemudian mendakwa suspek membawanya ke lokasi yang tidak diketahui dan telah berjaya melarikan diri daripada suspek.

“Hasil siasatan mendapati kejadian culik itu tidak berlaku dan remaja itu sengaja mereka cerita kerana bimbang akan dimarahi oleh bapanya kerana terleka bermain di rumah rakannya dan telah lewat untuk pulang ke rumah,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di WhatsApp satu laporan polis berhubung kejadian culik itu kononnya mangsa telah dibawa keluar dari lokasi yang tidak diketahui dan mendengar suspek akan membawanya ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa mendakwa kemudian telah cuba membuka pintu bahagian belakang kereta yang tidak berkunci ketika suspek memberhentikan kenderaan di tepi Jalan Besar Lenggeng, Nilai di sini dan melarikan diri sebelum dibantu oleh seorang wanita.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker