Bekas Adun Paloh semakin pulih

Bekas Adun Paloh semakin pulih

Gua Musang : Selepas hampir sebulan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 66, kini semakin pulih.

Isterinya, Datin Mastura Osman, 51, berkata suaminya sudah dibawa pulang ke rumah keluarga di Felda Chiku 3 sejak Selasa lalu.

Katanya keadaan suaminya semakin pulih namun masih terlantar dan tidak boleh makan dan minum hanya diberikan susu melalui tiub.

“Alhamdulillah keadaan Datuk semakin pulih dan sudah boleh dibawa pulang ke rumah. Namun masih tidak boleh bergerak dan terlantar mungkin terlalu lama berapa di ICU.

“Jadi setiap hari saya akan membantu melakukan fisioterapi kepada suami untuk menggerakkan sendi-sendi.

“Sehingga kini suami hanya diberikan susu melalui tiub setiap tiga jam sekali kerana masih tidak mampu menelan makanan.

“Malah suami juga cuba untuk bercakap namun butirannya sukar difahami. Namun dia faham setiap apa yang kami cakapkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang sudah sebulan berumah di HSIP berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan suaminya itu.

“Ketika di hospital juga ramai yang datang melawat dan bertanya khabar keadaan suami. Terima kasih kepada semua diatas doa untuk kesembuhan suami saya.

“Doakan suami saya pulih seperti sedia kala,” katanya.

Terdahulu media melaporkan bekas Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, kritikal dan ditidurkan di ICU HSIP Kuala Krai pada 27 September lalu kerana komplikasi organ dalaman akibat demam denggi. HM

Bekas Adun Paloh semakin pulih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker