Sengketa lempang rakan sebar gambar aib di TikTok berakhir

Tangkap layar suspek mengasari rakan sekelas selepas menyebarkan gambarnya di TikTok, Jumaat lalu.

Sengketa mengasari rakan sekelas gara-gara menyebarkan gambar di TikTok, menemui penghujung selepas kedua-dua pihak memilih untuk berdamai.

Perkara berkenaan disahkan oleh bapa saudara Ain iaitu Mohammad Amin Aiman ketika dihubungi Kosmo! petang tadi.

“Kes dah diselesaikan cara baik. Kedua-dua pihak sudah tarik balik laporan polis dan berdamai.

“Kedua-dua pihak telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagi pihak saya pula, sudah cukup permohonan maaf yang telah dilakukan oleh anak saudara saya pada hari Jumaat ketika di rumahnya,”jelasnya ketika dihubungi.

Pada masa sama, ibu mangsa yang ditampar, Waheeda Airny Anwar turut membuat permohonan maaf atas kekhilafannya memuat naik video di laman sosial.

“Setelah berbincang, pihak saya dan pihak sana telah bersetuju tidak meneruskan atau memanjangkan kes tersebut.

“Pihak saya juga inginkan permohonan maaf terbuka dari pihak sana juga kerana telah mengasari anak saya sebagaimana saya sendiri meminta maaf.

“Atas saranan dan nasihat daripada polis , saya memohon pihak di luar sana tidak menyebarkan lagi video tersebut,”tulisnya di Facebook.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak memohon orang ramai agar tidak menularkan video berkenaan sekaligus berhenti mengecam kedua-dua remaja terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker