PAS Perlis bergolak

PAS Perlis bergolak

Seorang pemimpin Bersatu berkata wujud rasa tidak selesa dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) Perlis susulan dakwaan berlaku ‘pergolakan dalaman’ dalam PAS.

Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah mendakwa ‘pergolakan’ itu melibatkan isu kefahaman agama, susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri itu yang dimenangi PN pada PRU15, menamatkan dominasi Barisan Nasional (BN).



Kenyataan itu menyusul peringatan Presiden PAS Hadi Awang, Ahad lalu supaya ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan diperintahnya.

Justeru itu, Abu Bakar berharap keadaan itu dapat diselesaikan segera kerana ia menjurus kepada kekuatan PN dalam mempertahankan negeri itu pada PRU16.

“PAS sedang bergolak di Perlis, tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan kita.

“Namun Bersatu sebagai gandingan ada kerusi di Perlis tak nak campur tangan sebab perbalahan dan pergolakan PAS adalah sesama mereka, bukan dengan Bersatu,” kata timbalan pengerusi PN Perlis itu kepada FMT.



Di sebalik dakwaan itu, beliau menjelaskan kerjasama PAS dan Bersatu masih utuh.

Selain Perlis, PAS turut menerajui pentadbiran di Kedah, Kelantan, dan Terengganu. FMT

PAS Perlis bergolak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker