Nasib Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah bakal diketahui esok

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah atau sebaliknya akan diketahui esok.

Ia susulan petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid, untuk mencabar kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu di kerusi Parlimen berkenaan atas dakwaan rasuah.

Peguam Amin Othman, yang mewakili Abdul Hakim, mengesahkan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Melaka, Datuk Abu Bakar Katar, akan membuat keputusan itu pada jam 9 pagi esok.

“Kita berharap akan menang kes ini, tetapi tunggu keputusan esok,” katanya kepada BH, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Tinggi Melaka menolak petisyen difailkan calon BN berkenaan, bagi menafikan kemenangan calon PN itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Pada 19 November 2022, Mas Ermieyati mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan selepas menewaskan tiga calon lain iaitu Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG).

Mas Ermieyati memperoleh 25,604 undi, Abdul Hakim (21,193), Mutalib (7,445) dan Handrawirawan (507).

Dengan undi majoriti 4,411 berbanding Abdul Hakim, beliau menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah bagi penggal ketiga.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker