‘Anak saya tiada telinga tapi boleh mendengar’
‘Anak saya tiada telinga tapi boleh mendengar’
KUALA TERENGGANU: “Anak saya seorang yang sangat istimewa kerana tiada kedua-dua telinga, tetapi Allah tetap berikan dia deria pendengaran. Dia akan menoleh jika dipanggil namanya dan menangis tak boleh tidur jika adik-beradik lain membuat bising,” kata Rozana Zakaria@ Omar.
Rozana,41, yang tinggal di Kampung Laut, di sini, berkata beliau juga bersyukur kerana anaknya, Muhammad Firdaus Zaquan Abdul Wahab yang berusia 14 bulan itu berjaya melepasi tempoh getir jangkaan hayatnya yang boleh hidup kurang setahun yang diberi doktor sebelum ini.
Beliau berkata, walaupun Muhammad Firdaus Zaquan yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu mengalami sindrom Patau dan menghidap penyakit jantung berlubang serta buah pinggang, namun anaknya itu kini membesar dengan sihat.
Sindrom Patau adalah penyakit yang terjadi akibat kelainan genetik yang menyebabkan penderita sindrom ini biasanya mengalami kelainan fizikal sejak lahir dan sebahagian besar bayi yang mengalami keadaan ini tidak mampu hidup lama.
“Anak saya ini paling istimewa kerana dilahirkan tanpa dua telinga, namun dia boleh mendengar dengan baik. Ini jelas dilihat apabila dia berpaling setiap kali dipanggil, malah tidak boleh tidur dan menangis sekiranya adik beradiknya membuat bising di rumah.
“Selain itu, doktor juga menjangkakan hayat Muhammad Firdaus hanya mampu bertahan selama 12 bulan kerana penyakit dialaminya itu, tetapi kini dia sudah dua bulan melepasi tempoh itu dan menjadi kanak-kanak yang sihat,” katanya di sini, hari ini.
Sindrom Patau juga dikenali sebagai trisomi 13 iaitu bayi yang memiliki kelebihan kromosom 13 yang mempunyai tiga salinan berbanding kanak-kanak normal yang hanya mempunyai dua salinan kromosom 13 saja.
Rozana berkata, mereka sekeluarga pada awalnya reda dengan ketentuan diberi Allah kepada Muhammad Firdaus susulan pembesarannya mungkin terganggu dan hasrat melihatnya membesar seperti kanak-kanak lain agak tipis.
“Namun kehendak dan kebesaran Allah mengatasi segala-galanya apabila Muhammad Firdaus membesar selaras dengan usianya sehingga kini,” katanya.
Beliau berkata, Muhammad Firdaus tidak makan tetapi hanya minum susu melalui wayar, selain menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Nazirah (HSNZ) dua hingga tiga kali sebulan.
Sementara itu, bapanya, Abdul wahab Deraman, 47, berkata dia bersama isteri tetap hidup dalam kebimbangan dan berjaga-jaga sepanjang masa bagi memantau perkembangan kesihatan anaknya itu.
“Walaupun sudah melepasi usia 12 bulan yang ditetapkan doktor, namun sebarang kemungkinan yang tidak diingini boleh berlaku secara tiba-tiba.
“Kami sentiasa mendoakan Muhammad Firdaus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah,” katanya. BH
‘Anak saya tiada telinga tapi boleh mendengar’
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa
You must be logged in to post a comment.