Shahidan bertikam lidah lagi dalam Dewan Rakyat

Sidang Dewan Rakyat pada sebelah petang dihangatkan dengan pertikaman lidah antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berkaitan isu peruntukan kepada wakil rakyat.

Pertelingkahan tercetus apabila Shahidan Kassim (PN-Arau) mengkritik rakan sejawatnya dari blok berbeza kerana terlalu memuji kerajaan perpaduan yang direstui Yang di-pertuan Agong, tetapi membisu apabila pembangkang dinafikan bantuan kewangan.

“Saya nak tanya kepada mereka (Ahli Parlimen kerajaan) apakah Agong merestui untuk mereka (kerajaan) aniaya kepada kami, Agong restu?

“Agong kata kerajaan perpaduan tanpa pembangkang, ini kerajaan bukan sahaja ada pembangkang…peruntukan tak diberi, patut kena berlaku adil,”kata Shahidan.

Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) kemudiannya bangun membantah mengemukakan peraturan majlis kerana Shahidan telah membuat sangkaan buruk serta menggunakan nama Agong untuk mempengaruhi ucapan.

“Ucapan Arau dia kata tak ditawarkan (sertai kerajaan) sebenarnya telah ditawarkan kepada pihak sana (pembangkang sertai kerajaan) tapi mereka tak mahu sertai kerajaan perpaduan,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor kemudian membuat keputusan sambil menyifatkan ucapan Shahidah tidak menyebut secara spesifik nama Agong dan memetik nama mana-mana Raja-Raja Melayu.

“Peraturan 36(6) dan 36(7) tak sentuh dengan spesifik nama Agong, setakat ini saya rasa tak ada nama Agong dipetik atau nama Raja-Raja Melayu di sentuh,” katanya.

Shahidan yang menyambung perbahasannya meminta Lee belajar secara lebih mendalam peraturan mesyuarat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker