PBD tidak telus, cadangan kembalikan semual UPSR bergema di Dewan Rakyat
Seorang wakil rakyat pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dimansuhkan dua tahun lalu.
Hassan Saad (PN-Baling) berkata langkah itu bagi membolehkan kemampuan pelajar dapat dinilai sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
“Wujudkan semula peperiksaan UPSR sebagai satu ukuran standard yang lebih sistematik dan bersepadu supaya dapat mengukur kemampuan seseorang pelajar untuk memasuki sekolah menengah dan sebagainya,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Pada 2021 kerajaan memutuskan UPSR dimansuhkan sepenuhnya, manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan.
Sebelum ini, seorang ahli akademik berpandangan UPSR wajar dikembalikan semula kerana kaedah penilaian menggantikannya kurang berkesan menilai penguasaan 3M (membaca, mengira dan menulis).
Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggantikan UPSR sejak dua tahun lalu sangat bergantung kepada guru dalam pemberian markah dan boleh menyebabkan penilaian tidak telus.
Dalam perkembangan lain, Hassan turut meminta KPM menilai semula jumlah pelajar bagi sekolah di kawasan luar bandar supaya tidak melebihi 25 murid satu kelas bagi membolehkan guru memberi lebih perhatian.
“Sekarang jumlah murid di kelas sekolah daerah luar bandar, seperti Baling antara 35 hingga 45 orang. Kita minta KPM kurangkan jumlah antara 20 hingga 25 orang murid kerana jumlah pelajar yang ramai sukar bagi guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan anak,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa
You must be logged in to post a comment.