Mia Ahmad tutup aurat kerana Allah
Mia Ahmad tutup aurat kerana Allah
Dilabel tidak moden dan kelihatan tua berbanding usia sebenar apabila mengenakan tudung labuh, pelakon Mia Ahmad menegaskan niatnya berpenampilan sebegitu adalah kerana Allah.
Jelas pemilik nama penuh Samihah Ahmad Baderi itu, dia mahu terus memperbaiki diri menjadi muslimah yang menjaga aurat dari masa ke masa.
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden. Maaf, saya tutup aurat kerana Allah.
“Macam-macam orang kata, ada yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang cakap suami saya tidak akan menjadi sistem sokongan yang kuat dalam proses perubahan ini.
“Saya kuatkan hati sebab saya tahu saya buat benda betul, mengikuti perintah Allah. Saya tahu saya tidak baik, maka saya ubah cara pemakaian saya untuk jadi lebih baik, bukan untuk nampak baik,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instagram.
Kata aktres berusia 35 tahun itu lagi, sepanjang tempoh perubahan ke arah kebaikan itu, segalanya dipermudahkan dan diberi kekuatan Allah untuk terus istiqamah.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang tanpa henti. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Saudaraku, saya doakan semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan,” katanya lagi.
Mula mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi itu dilihat lebih selesa menguruskan perniagaan berbanding muncul di kaca televisyen.
Mia berkahwin dengan Izham pada tanggal 13 Januari 2017 dan perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. K Online
Mia Ahmad tutup aurat kerana Allah
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)