Majlis Raja-Raja kecam keganasan, kezaliman rejim zionis terhadap rakyat Palestin
KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja sepakat mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, apatah lagi ia membabitkan kematian terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata konflik Palestin-Israel yang berlarutan sejak 7 Oktober lalu itu dibincangkan pada sesi Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-262 di Istana Negara, hari ini.
Katanya, Majlis Raja-Raja turut menzahirkan rasa dukacita dan gusar kerana masyarakat antarabangsa dan kuasa-kuasa besar dunia belum mencapai kata sepakat dalam mencari jalan penyelesaian bagi menghentikan konflik tersebut.
“Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja menggesa kerajaan Malaysia terus bersuara membela rakyat Palestin dan membantah penindasan serta kezaliman berterusan rejim Zionis Israel di pentas antarabangsa atas tanggungjawab kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Syed Danial berkata pada sesi Pra-Mesyuarat berkenaan, Majlis Raja-Raja juga menyokong dan berpegang teguh dengan pendirian kerajaan Malaysia selama ini bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel.
“…hak dikembalikan tanah yang dirampas oleh Israel dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta Masjid Al-Aqsa akan kekal sebagai tempat ibadah umat Islam,” katanya.
Syed Danial berkata Majlis Raja-Raja turut menggesa kerajaan Malaysia terus mengambil inisiatif dan langkah proaktif di pentas antarabangsa bagi mencari jalan penyelesian kepada konflik Palestin-Israel.
Beliau berkata, Majlis Raja-Raja juga menyeru rakyat supaya terus bersolidariti bersama rakyat Palestin dan menghulurkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban dan penderitaan mereka.
Katanya, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama diseru berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing agar konflik terbaharu Palestin-Israel dapat dihentikan segera serta rakyat Palestin dilindungi, selain tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Zionis Israel.
“Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja juga menyeru masjid dan surau serta rakyat yang beragama Islam di kediaman sendiri terus mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya.
Berdasarkan laman web rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-262 berlangsung selama tiga hari mulai hari ini.
Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-263 (Khas) akan diadakan pada Jumaat.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ingat saya lembik – Shila Amzah