KDA, KL City ada isu tunggakan gaji – TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap beberapa pasukan menyelesaikan hutang atau tunggakan gaji pemain.

Menerusi temu bual dalam rancangan Nindia Bola di stesen televisyen swasta, semalam, mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu mendakwa Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuala Lumpur (KL) City antara pasukan yang berdepan isu tunggakan gaji.

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menegaskan tidak akan berhenti bersuara demi kebajikan pemain dan imej bola sepak negara.



“Saya berasa tak semua orang boleh terima benda yang betul. Kalau bercakap, saya suka terus terang kerana bagi pandangan saya, diplomasi tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

“Saya suka cakap benda yang betul berdasarkan fakta bukannya teori. Buat masa ini saya berharap dan menyeru kepada kelab atau pihak tertentu untuk menjaga kebajikan pemain.

“Macam Kedah (KDA), Kelantan dan Sarawak yang masih berhutang lagi dulu. KL City juga ada masalah buat masa ini, Melaka yang masih belum selesai masalah dahulu.

“Saya harap ada perancangan atau pun tindakan yang akan diambil bagi menjaga kebajikan pemain. Saya tidak menyakitkan telinga mereka (kelab) kerana ini adalah tanggungjawab.



“Kita sebagai orang yang ada kedudukan dalam kelab harus pikul tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan jaga kebajikan orang yang berada dalam kelab,” katanya.

Selain itu, TMJ berharap tiada lagi isu tunggakan gaji selepas ini dan disebabkan perkara itu beliau mencadangkan kepada FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mewujudkan peraturan ‘financial fair play’ bagi pasukan berbelanja mengikut kemampuan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker