Ismail Sabri saran GST diperkenalkan semula
Ismail Sabri saran GST diperkenalkan semula
Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula kerana ia terbukti jauh lebih cekap, telus dan adil berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Dia yang juga bekas perdana menteri berkata, ketika GST dihapuskan negara hilang kira-kira RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun akibat black economy (aktiviti ekonomi yang tidak direkod dan tidak membayar cukai kepada kerajaan) kerana mereka yang tidak membayar cukai sukar dipantau.
Mengenai cadangan kerajaan untuk menaikkan SST kepada 8.0 peratus daripada 6.0 peratus, Ismail Sabri berkata, meskipun ia tidak melibatkan makanan dan minuman namun bakal memberi kesan berantai kepada semua aspek serta mendorong kenaikan harga barang-barang asas.
“Ini kerana peniaga tidak akan menyerap kenaikan cukai dan kos pengeluaran mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Malaysia melaksanakan SST, sistem cukai satu peringkat sejak 1972, tetapi pada April 2015 ia digantikan dengan GST iaitu cukai penggunaan pelbagai peringkat pada kadar enam peratus.
Kerajaan kemudian melaksanakan semula SST berkuat kuasa 1 Sept 2018 bagi menggantikan GST.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan baru-baru ini, Kementerian Kewangan berkata pemilihan antara SST dengan GST bergantung kepada objektif ekonomi negara, keupayaan pentadbiran dan keperluan untuk mencapai keseimbangan optimum antara menjana pendapatan dengan menggalakkan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Menurut kementerian itu, pelaksanaan SST bercirikan skop yang lebih kecil merupakan strategi berhemat dalam cukai penggunaan kerana hanya dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan tertentu.
Katanya GST berpotensi menjana hasil lebih banyak dengan asas cukai yang lebih luas dan lebih telus kepada pengguna kerana cukai ditunjukkan dengan jelas dalam harga barangan dan perkhidmatan akhir, di samping mengurangkan saiz ekonomi bayangan. Mk
Ismail Sabri saran GST diperkenalkan semula
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.