Aktif samun kawasan kediaman, polis akhirnya berjaya tumpaskan Geng Triton
KLUANG: Polis menumpaskan kegiatan samun dilakukan lima sekawan termasuk sepasang bekas suami isteri dikenali sebagai Geng Triton yang bergiat aktif di sekitar daerah ini, Mersing dan Rompin, Pahang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata semua suspek berusia dalam lingkungan 24 hingga 38 tahun itu menjadikan premis kediaman dan perniagaan sebagai sasaran rompakan mereka.
Katanya, semua suspek yang positif dadah jenis Methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing dipercayai aktif melakukan kegiatan jenayah itu sejak Ogos lalu.
“Modus operandi Geng Triton ini ialah menyewa secara harian sebuah pacuan empat roda milik persendirian di Johor Bahru.
“Kenderaan itu digunakan untuk melakukan samun secara berkumpulan termasuk menggunakan senjata. Bagaimanapun, tiada mangsa samun yang dicederakan.
“Suspek berjaya ditangkap secara berasingan di Taman Wawasan dan Kampung Sri Lumpur, Mersing pada Jumaat lalu, dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang.
“Polis juga menemui semula hasil samun termasuk gelang emas dan sebuah Proton Gen-2 dengan anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM25,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin.
Bahrin berkata, polis memburu seorang lagi ahli kumpulan berkenaan yang masih bebas dikenali sebagai M Munisiran, 32, dengan alamat terakhir di No 24 Jalan Jati Taman Sri Plentong, Masai Johor.
Beliau berkata, polis percaya menerusi tangkapan semua suspek, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun iaitu lima kes di Kluang, satu kes masing-masing di Mersing dan Rompin, Pahang.
“Semua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu lalu mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)