Ahli Parlimen PH dakwa tahanan Sosma ‘dipaksa’ mengaku salah

Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendakwa ada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang dipaksa mengaku bersalah bagi memastikan mereka dibebaskan.

V Ganabatirau (PH-Klang) memberitahu Dewan Rakyat, dirinya dimaklumkan kejadian sedemikian baru-baru ini, tetapi beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.

Beliau turut mendakwa tempoh tahanan itu ditahan sudah ditahan sebagai “tempoh hukuman” mereka.



Ganabatirau kemudian menggesa kerajaan menjelaskan perkara itu.

“Tan Sri (Speaker), kami telah memperjuangkan penahanan tanpa perbicaraan dan perkara ini perlu dijelaskan kerajaan.

“(Ini) supaya kami dapat memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2024.

Ganabatirau, yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan, berkata walaupun penjenayah perlu dihukum, “tetapi jangan sampai yang dihukum itu perlu membuktikan kesalahannya”.



Beliau dalam ucapannya turut bertanyakan perkembangan cadangan pembaharuan Sosma, termasuk menjadikan kesalahan di bawah akta itu boleh diikat jamin.

“(Kami) sudah lama menanti perkara ini (reformasi).”

Ogos lalu, Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh dilaporkan berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan peruntukan undang-undang yang membenarkan tahanan Sosma diikat jamin sementara menunggu perbicaraan mereka.

Katanya, usaha kerajaan meneliti penambahbaikan undang-undang kontroversi itu hampir selesai.



Disember lalu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memutuskan untuk mengekalkan undang-undang itu, walaupun ada desakan pemansuhan oleh penyokong kerajaan dan kumpulan masyarakat sivil.

Pemansuhan undang-undang itu, yang disifatkan drakonian oleh pengkritik, antara janji PH dalam manifesto PRU 2018 dan 2022.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker