Umno selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan

Umno selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa parti itu, selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Justeru, katanya yang juga adalah timbalan perdana menteri dan pengerusi BN, tidak timbul persoalan gabungan itu akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Bagi kami, kami selesa dengan penglibatan kami dalam kerajaan perpaduan, dan jangan buang masa jemput kami menyertai PN,” katanya mengulas saranan pembangkang agar Umno menyertai PN.

Zahid berkata demikian kepada media selepas majlis penutup Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) (MAKSPEN) XIV di Putrajaya, semalam.

Sabtu lalu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berpandangan penyertaan Umno dalam PN dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu yang antara lain bertujuan membantu masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan hari ini bukan hanya bertanggungjawab terhadap masyarakat Melayu dan Islam malah bagi keseluruhan rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, BN menerusi Umno akan meletakkan anak kelahiran Kemaman, Terengganu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini.

Menurutnya, Umno telah menerima beberapa nama sebagai calon dan ia akan disenarai pendek dalam masa terdekat.

“Yang pastinya kami akan ambil tokoh anak Kemaman yang berada di peringkat nasional atau di peringkat negeri untuk bertanding bagi PRK Kemaman,” katanya.

Dia berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang juga Pengarah Jentera BN bagi PRK Parlimen Kemaman Ahmad Said akan mengumumkan nama calon berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Mk

Umno selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker