Seorang dua tak suka tetapi satu Malaysia suka kami berkahwin – Sabri Yunus
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, anak-anak, keluarga saya dan Angeline serta semua rakyat Malaysia mendoakan kami,” katanya.
Demikian luahan pengarah, pelakon dan pelawak popular, Sabri Yunus yang bersyukur perkahwinannya bersama Angeline Tan atau nama islamnya, Ardini diberi sokongan dan penerimaan positif, meskipun dilanda kontroversi.
Sabri berkata, dia hanya mahu peduli kepada mereka yang mendoakan perkara baik buat perkahwinannya.
“Anak-anak, keluarga kami dan seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan. Semuanya menerima dan menyokong, Alhamdulillah.
“Saya lebih rela ‘amin’ kan doa rakyat Malaysia, daripada doa seorang atau dua yang tidak suka kami berkahwin.
“Saya pernah cakap kepada Angeline dalam niat bergurau, kalau kita kahwin seluruh rakyat Malaysia, suka. Itu saya katakan sudah lama sebelum kami bersama. Mungkin tiga atau empat tahun lepas dalam tempoh kami berkawan rapat.
“Itu antara ayat awal saya mahu ‘mengorat’ Angeline. Alhamdullillah, doa ini diperkenankan,” katanya kepada BH Online.
Sabri ditemui pada majlis pelancaran Unifi TV Originals iaitu Nak Dengar Cerita Hantu di pusat beli-belah, hari ini tidak menolak menghasilkan naskhah berinspirasikan kisah cinta dengan Angeline.
“Insya-Allah. Saya tak nampak apa-apa lagi, tapi itu mungkin perlu untuk saya dedahkan,” katanya.
Bertanya mengenai perubahan kehidupannya selepas berkahwin, Sabri berkata, tidak banyak perbezaan dialami memandangkan dia dan Angeline pernah berkahwin sebelum ini.
“Saya rasa tiada apa sangat sebab saya pernah melalui hidup berumahtangga, ada isteri dan anak-anak. Cuma saya ‘stop’ selama 16 tahun sahaja, kami putus dan sekarang saya kembali berkahwin.
“Angeline juga pernah berumahtangga, jadi tiada benda pelik, baru atau luar biasa. Masing-masing tahu apa nak buat dua pernah melalui, jadi semuanya okay,” katanya.
Bertanya penghijrahan Angeline, Sabri berkata, isterinya masih dalam fasa mengenali dan memahami Islam. Sebagai suami, dia tidak mahu terlalu memaksa.
“Secara mudah, saya beri tempoh tiga tahun untuk Angeline mengenali dan memahami Islam. Kemudian Angeline masuk Islam barulah kami berkahwin.
“Jadi, saya tak harap Angeline buat semua, misalnya bangun pagi esok kena sembahyang. Tak mungkin. Biarlah dia mengambil masa untuk memahami Islam.
“Alhamdulillah, saya bersyukur Angeline mula memahami Islam. Kalau tidak memahami, mungkin isu sebelum ini boleh menghancurkan keluarga kami.
“Nasib baik Angeline faham dan pada peringkat awal, saya tak mendedahkannya dengan isu-isu ini kerana berat untuknya.
“Sehingga hari bernikah barulah saya beritahu Angeline dalam Islam ada dua pandangan berbeza. Isteri terperanjat tapi Alhamdulillah okay. Dia juga mampu menjelaskan kepada keluarga dan rakan-rakan yang bertanya,” katanya.
Terdahulu, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.
Dalam masa sama, Sabri mendedahkan ahli agamawan itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perselisihan pendapat.
Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis, pada 14 Oktober lalu.
Sebelum ini, Sabri kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Angeline pula memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET