PRK Kemaman: BN bakal pertaruh anak tempatan

PRK Kemaman: BN bakal pertaruh anak tempatan

Barisan Nasional (BN) menerima beberapa nama untuk dicalonkan bagi merebut kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Disember ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai pendek calon akan dilakukan beberapa hari lagi.

Menurutnya, calon yang akan dipilih terdiri daripada anak Kemaman yang memegang jawatan dalam parti di peringkat nasional dan negeri.

Katanya, pemilihan calon akan diputuskan beliau dan akan diumumkan Pengarah Jentera BN PRK Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said.

“Calon yang dipilih akan diumumkan dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV 2023 di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember dengan 18 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana

Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris disaran tidak membuang masa untuk mempelawa UMNO menyertai Perikatan Nasional (PN). BH

PRK Kemaman: BN bakal pertaruh anak tempatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker