Mahu Puteri Sarah bahagia bersama anak-anak, Patimah titipkan doa

Bekas ibu mentua titip doa moga Puteri Sarah temui kebahagiaan bersama anak-anak – Foto IG Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi hantaran dalam Instagram Story (IGS) miliknya.

Menerusi hantaran itu, Patimah menitipkan doa agar bekas menantunya yang juga pelakon Puteri Sarah menemui kebahagiaan bersama anak-anaknya.

Malah, Patimah seakan-akan sudah reda dengan ‘pemergian’ aktres itu.

“Anakanda Puteri Sarah Liyana (PSL) semoga menemui kebahagiaan abadi bersama anak-anak.

“Mama reda pemergianmu,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, Patimah dalam hantaran berlainan sempat memuat naik foto cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan meletakkan lagu latar berjudul ‘Belum Siap Kehilangan’ nyanyian Steven Pasaribu.

Malah, menerusi hantaran terkini, isteri kepada pengarah dan penerbit tersohor, Yusof Haslam itu kelihatan memuat naik foto cucu-cucunya berserta kapsyen mendoakan agar mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Semoga mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat,” tulisnya.

Sebelum ini, Patimah antara individu yang kerap berkongsi coretan isi hatinya di IGs sepanjang kemelut rumah tangga anak dan bekas menantunya itu. – XTRA

BERITA BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker