MCA tidak akan tunggu mati, jika ‘komponen BN’ mahu cari cinta baharu – Presiden MCA
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, wakil parti komponen BN tidak hadir pada perhimpunan agung tahunan MCA 2023 di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Presiden MCA Wee Ka Siong memberi jaminan tidak ada yang tidak kena dengan ketidahadiran itu.
Jelasnya, menjadi tradisi MCA untuk tidak menjemput rakan politik ke perhimpunan agungnya apabila ada pemilihan parti.
“Sama seperti pada 2018 apabila MCA mengadakan pemilihan. Kami akan mengadakan peralihan kepimpinan, dan tahun ini tidak berbeza.
“Jadi kami tidak menjemput parti politik lain tetapi jemputan akan dipanjangkan untuk AGM tahun depan,” katanya pada sidang media.
Wee, yang juga ahli parlimen Ayer Hitam, telah mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua selepas menewaskan bekas ahli jawatankuasa pusat Tan Chong Seng dengan majoriti besar.
Presiden MCA itu turut menjelaskan ucapan dasarnya pagi ini apabila dia dilaporkan berkata parti itu bersedia untuk bergerak sendiri jika parti komponen BN mencari gabungan baru.
Ditanya jika dia merujuk kepada Umno, Wee berkata dia sekadar membuat kenyataan umum.
“Setiap kali kita dengar pemimpin (BN) berkata, ‘Kami lebih suka kerjasama dengan orang lain, kami lebih suka kerjasama dengan orang lain’. Tidak mengapa.
“Oleh kerana anda mempunyai niat untuk keluar atau jika ada rancangan untuk meninggalkan (BN), maka MCA juga perlu merancang untuk masa depannya sendiri.
“Kita jelas (tentang rancangan MCA). Pertama, kita harus reformasi diri kita. Kedua adalah untuk mengukuhkan BN kerana BN adalah model yang baik,” tambahnya.
Memetik simpulan bahasa Cina, Wee berkata MCA tidak akan “duduk dan menunggu mati” jika parti komponen BN berhasrat untuk “mencari cinta baru”.
Menjawab soalan mengenai gesaan Ketua Pemuda MCA Nicole Wong supaya parti itu menamatkan kerjasama dengan DAP, Wee menjawab bahawa MCA akan “bergerak ke hadapan untuk rakyat.”
“Ia bergantung kepada isu, ia bergantung kepada untuk apa,” tambahnya.
Pada masa ini, MCA hanya mempunyai dua ahli parlimen – Wee dan naib presiden parti Wee Jeck Seng, yang juga ahli parlimen Tanjung Piai.
MCA tidak memegang sebarang jawatan kabinet dalam kerajaan perpaduan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET