Ini sebab mengapa sistem pertahanan Israel ‘Iron Dome’ gagal berfungsi

Baitulmaqdis: Kekuatan tentera Zionis Israel antaranya terletak pada sistem pertahanan udara dikenali Iron Dome. Ia digembar-gemburkan secara meluas sebagai pertahanan terbaik dunia untuk memintas dan melumpuhkan serangan peluru berpandu atau roket.

Bagaimanapun, pada 7 Oktober 2023, Israel dikejutkan dengan serangan roket berskala besar oleh pejuang Hamas yang berpangkalan di Gaza, sekali gus menimbulkan persoalan keberkesanan sistem Iron Dome yang dibolosi roket Palestin.

Memetik tulisan analisis seorang jurutera aeroangkasa yang mengkaji sistem angkasa dan pertahanan disiarkan di portal The Conversation, terdapat sebab mudah strategi pertahanan Israel tidak berkesan sepenuhnya terhadap serangan Hamas itu.

Untuk memahami sebabnya, perlulah memahami asas sistem pertahanan udara terlebih dahulu yang dicipta dengan tiga komponen utama iaitu untuk mengesan, memutuskan dan melumpuhkan ancaman.

Pertama, terdapat radar untuk mengesan, mengenal pasti dan menjejaki peluru berpandu atau roket masuk. Julat radar ini berbeza-beza.

Radar Iron Dome berkesan pada jarak empat kilometer (km) hingga 70km, menurut pengeluarnya Raytheon. Apabila objek dikesan oleh radar, ia mesti dinilai untuk menentukan sama ada ia adalah ancaman. Maklumat seperti arah dan kelajuan digunakan untuk membuat penentuan ini.

Jika objek disahkan sebagai ancaman, pengendali Iron Dome terus menjejaki objek itu melalui radar. Kelajuan peluru berpandu atau roket berbeza-beza, tetapi dengan mengandaikan kelajuan mewakili satu kilometer sesaat, sistem pertahanan mempunyai paling lama satu minit untuk bertindak balas terhadap serangan.

Elemen utama kedua sistem pertahanan udara ialah pusat kawalan pertempuran. Komponen ini menentukan cara yang sesuai untuk membabitkan ancaman yang disahkan.

Ia menggunakan maklumat radar yang sentiasa dikemas kini untuk menentukan tindak balas optimum dari segi dari mana untuk menembak peluru berpandu pemintas dan berapa banyak yang akan dilancarkan terhadap peluru berpandu atau roket milik musuh.

Komponen utama ketiga ialah peluru berpandu pemintas itu sendiri. Untuk Iron Dome, ia adalah peluru berpandu supersonik dengan penderia mencari haba. Penderia ini menyediakan kemas kini dalam penerbangan kepada pemintas, membolehkan ia mengemudi ke arah dan mendekati ancaman. Pemintas menggunakan fius kedekatan yang diaktifkan oleh radar kecil untuk meletup dekat dengan peluru berpandu atau roket yang masuk supaya ia tidak perlu menerjahnya terus untuk melumpuhkannya.

Israel mempunyai sekurang-kurangnya 10 unit Iron Dome yang beroperasi, setiap satu mengandungi 60 hingga 80 peluru berpandu pemintas. Setiap peluru berpandu itu berharga kira-kira AS$60,000 (kira-kira RM284,389). Dalam serangan sebelumnya yang membabitkan bilangan peluru berpandu dan roket yang lebih kecil, Iron Dome adalah 90 peratus berkesan terhadap pelbagai ancaman.

Jadi, mengapa sistem itu kurang berkesan terhadap serangan Hamas baru-baru ini? Ia adalah soalan mudah berasaskan nombor. Hamas menembak ribuan roket manakala Israel mempunyai kurang daripada seribu pemintas di medan. Walaupun Iron Dome berkesan 100 peratus terhadap ancaman yang datang, bilangan roket Hamas yang sangat besar bermakna ada yang akan melepasinya.

Serangan Hamas menggambarkan dengan sangat jelas bahawa sistem pertahanan udara yang terbaik pun boleh ditembusi apabila ia tidak dapat menandingi dengan sejumlah besar ancaman yang perlu dihadapi.

Pertahanan peluru berpandu Israel dibina selama bertahun-tahun dengan pelaburan kewangan yang tinggi. Bagaimanakah Hamas mampu mengatasinya? Sekali lagi, semuanya bergantung kepada nombor. Roket yang ditembak oleh Hamas berharga kira-kira AS$600 (kira-kira RM2,844) setiap satu.

Harga itu adalah kira-kira 100 kali lebih murah daripada pemintas Iron Dome. Jumlah kos kepada Israel untuk menembak semua peluru berpandu pemintasnya adalah sekitar $48 juta (kira-kira RM227.5).

Jika benar Hamas melepaskan 5,000 peluru berpandu pun kosnya hanya AS$3 juta (kira-kira RM14.2 juta). Oleh itu, dalam strategi yang dirancang dan dilaksanakan dengan teliti, Hamas mengumpul dari semasa ke semasa sejumlah besar peluru berpandu yang agak murah yang ia tahu akan mengatasi keupayaan pertahanan Iron Dome.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker