Tujuh polis cedera letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai
Sekurang-kurangnya tujuh anggota polis cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Tak Bai Narathiwat, di selatan Thailand pada hari ini.
Pemangku Ketua Polis Tak Bai, Leftenan Kolonel Polis Jarukit Sridech, berkata satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).
“Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram diletupkan dan menyebabkan kedai emas itu musnah.
“Sejurus itu, pos keselamatan polis Tak Bai yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian turut diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata. Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 30 minit.
“Tujuh anggota polis cedera. Polis turut menemukan ratusan kelongsong peluru di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.
Jarukit berkata, satu lagi insiden letupan bom turut dilaporkan berlaku kira-kira 200 meter dari tempat kejadian pertama.
“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun ke-19 Tragedi Tak Bai yang menyaksikan 85 peserta protes maut.
Tragedi itu berlaku pada 25 Oktober 2004 selepas peserta protes bertindak ganas apabila tentera melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah lebih 1,000 peserta, di luar Balai Polis Tak Bai.
Protes itu diadakan kerana membantah penahanan enam lelaki yang dituduh merompak senjata api milik kerajaan Thailand dan membekalkannya kepada pihak pemberontak.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.