Gajah merayau waktu malam di Gerik dikhuatiri ancam pemandu jalanraya
Laluan Gerik sememangnya terkenal dengan kehadiran gajah yang kerap muncul di kawasan jalan raya.
Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok @tranungnihboh, pengguna media sosial itu berkongsi klip video yang memaparkan kehadiran gajah di laluan tersebut.
Mamalia itu dilihat merayau sebelum kembali ke kawasan habitat asalnya.
Difahamkan, haiwan tersebut menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sehingga menyebabkan pemandu lain terpaksa memperlahankan kenderaan.
Menerusi klip video itu, kelihatan gajah berkenaan hanya mahu melintas jalan dan tidak menganggu atau merosakkan kenderaan di kawasan itu.
Susulan perkongsian itu, kebanyakan pengguna menunjukkan kebimbangan mereka dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melintasi kawasan yang menjadi laluan utama mamalia itu.
“Yang mana lalu Gerik, standby buah-buahan atau makanan untuk diberikan pada mereka. Tenang hati kalau tengok mereka makan,” tulis Insan Yang Lemah.
“Kalau jumpa gajah jangan hon dan buka lampu. Gajah kalau terkejut naik minyak, setakat nak perlahan tengok boleh sahaja,” kata Maria Saad.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ryan.
“Tindakan kereta untuk padamkan lampu memang bijak sebab kalau silau akan buat gajah marah,” ujarnya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET