Thailand sambut delegasi APEC dengan hidangan mi bersos cacing pasir

Thailand sambut delegasi APEC dengan hidangan mi bersos cacing pasir

BANGKOK: Thailand merancang menyambut ketibaan barisan pemimpin dunia dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dengan mi yang dihidangkan bersama sos cacing pasir.

Negara ini bakal jadi tuan rumah bagi mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 November ini, di Bangkok.



Sebelum itu, Thailand mengadakan pertandingan untuk mencari hidangan terbaik untuk dijamu kepada delegasi dalam mesyuarat tersebut.

Makanan yang dihidangkan pastilah menu yang sihat dan ‘mesra alam’.

Selain itu, hidangan yang ditampilkan mesti menunjukkan keunikan budaya dan tradisi di negara ini.

Hidangan mi dengan sos cacing pasir itu merupakan antara lapan menu yang dipilih untuk dijamu kepada para tetamu APEC.



Ketua pasukan yang menghasilkan menu tersebut, Suradate Thammakun berkata, haiwan itu boleh ditemukan di kawasan pantai di Laut Andaman dan Teluk Thailand.

Katanya, makmal sains mendapati ulat tersebut mengandungi 50 peratus kadar protein lebih tinggi berbanding ikan salmon.

Sehubungan itu, beliau dan pasukannya merancang untuk menghasilkan makanan tambahan berasaskan ulat tersebut dan mengeksportnya ke luar negara. Utusan

Thailand sambut delegasi APEC dengan hidangan mi bersos cacing pasir




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker