Lima rakyat Palestin pernah lanjut pengajian di Malaysia maut di Gaza

Lima rakyat Palestin pernah lanjut pengajian di Malaysia maut di Gaza

SEREMBAN: Kira-kira lima orang rakyat Palestin yang pernah melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi awam di negara disahkan terbunuh sejak Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Global Peace Mission (GPM), Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil GPM Malaysia yang berada Gaza, Dr. Tareq M. Altalmas yang juga pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jelas Ahmad Fahmi, kesemua yang meninggal itu termasuklah pasangan suami isteri yang menuntut di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) iaitu Mohammed J. H. Alzaanin dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen yang terkorban dalam serangan bom Israel seperti yang dimaklumkan oleh universiti berkenaan sebelum ini.

“Kebanyakan daripada mereka individu yang kami kenali dan Malaysia punya sumbangan dalam bentuk pendidikan kepada rakyat Palestin ini. Mereka kebanyakannya juga sudah sampai ke peringkat pasca kedoktoran dan mereka juga mempunyai peranan dan sumbangan tersendiri di bumi Gaza.

“Mereka pelajar di Malaysia di USIM dan juga UIA, dan lain juga di universiti awam di sini, mereka belajar di sini dan telah meninggal dunia di Gaza akibat serangan Israel ini,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Kempen Peduli Palestin Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri di sini hari ini.

Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi memberitahu, wakil GPM Malaysia di Gaza iaitu Dr. Tareq juga kini berdepan situasi sukar di situ malah rumah yang didiami dengan keluarganya juga turut musnah dibedil bom Israel.

“Saya dapat mengikuti perkembangannya di Facebook dan dia memaklumkan rumahnya kini juga sudah hancur,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar memberitahu, kerajaan negeri menyasarkan kutipan RM1 juta untuk disumbangkan kepada umat Islam di Palestin menerusi kerjasama dengan GPM Malaysia.

“Alhamdulillah, sumbangan dari agensi-agensi dan syarikat-syarikat swasta di Negeri Sembilan adalah sebanyak RM800,000

“Selain itu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah meminta semua masjid Negeri Sembilan melancarkan kutipan Jumaat untuk Palestin sejak 13 Oktober lalu. Setakat semalam, jumlah kutipan dari tabung masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan berjumlah RM25,833.20.

“Kutipan masih berjalan dan kita jangkakan lebih banyak sumbangan masyarakat yang dapat kita kumpulkan,” katanya.

Orang ramai dan mana-mana pihak yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB 8605701731 atas nama Bendahari Negeri, NS- Akaun Terimaan Khas. Utusan

Lima rakyat Palestin pernah lanjut pengajian di Malaysia maut di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker