Tentera Darat akan kenal pasti punca kejadian penuntut maut ketika kursus tempur
Tentera Darat (TD) akan mengenal pasti punca kejadian seorang penuntut yang maut akibat strok haba ketika menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) semalam.
Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memberitahu TD memandang serius insiden berkenaan dan akan melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian sistem latihan sedia ada.
Menurut kenyataan itu, TD juga sedang mengusahakan segala bantuan dan kelayakan bagi membantu waris Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar.
Menurut kenyataan itu 10 penuntut kursus rebah secara berperingkat di beberapa lokasi sepanjang laluan eksesais Wira Lasak di kawasan Lapang Sasar Utara, PULADA pada Jumaat lepas.
Eksesais Wira Lasak adalah ujian jalan laju sejauh 8 kilometer.
Kenyataan itu menyebut kesemua penuntut telah dirujuk ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan awal dengan tiga daripada mereka dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail kerana tidak sedarkan diri
“Bagaimanapun, Emil Syahid disahkan meninggal dunia akibat strok haba semalam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu dua penuntut yang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi telah dibenarkan keluar manakala lima lagi masih berada di wad dan dilaporkan stabil.
“Dua lagi penuntut yang ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Ismail telah sedarkan diri dan beransur pulih namun masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital,” menurut kenyataan itu.
Kursus Tempur Pegawai Muda Siri Tiga Tahun 2023 berlangsung dari 18 Sept hingga 5 Jan 2024 di Johor.
BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cinta PKP Sabri, Angeline
- Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu
- Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
- Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu
- Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam
- FD3: Persembahan Shila Amzah dan adiknya terganggu
- GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan
- Nabila Huda selar VIP buang puntung rokok merata-rata
- Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3
- Hetty Koes Endang nasihat Lina Pom Pom, jangan mudah koyak
- Pegawai khas PM dalang kenyataan ‘tak benar’ PMO – ‘Oms’ P Thiagarajan
- Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan
- Protes operasi JPJ, 1000 ‘abang lori’ turun berhimpun
- Abang Sabri sangat baik, saya kagum dengan dia – Angeline Tan
- Puteri Sarah makin mesra dengan Andi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’
You must be logged in to post a comment.