FAM umum 33,000 tiket terjual dalam aksi final Pestabola Merdeka 2023 malam ini

Sambutan bagi aksi final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil tampak sedikit berbeza berbanding aksi pertama menentang India, Jumaat lalu.

Setakat jam 6 petang, kehadiran penyokong ke stadium keramat itu boleh dianggap agak perlahan berkemungkinan kerana aksi final malam ini berlangsung pada hari bekerja.

Malah, tinjauan di beberapa pintu masuk juga agak terkawal dan tidak ada penyokong yang beratur panjang untuk memasuki stadium dengan pintu mula dibuka jam 6 petang.



Bagaimanapun, kehadiran di stadium ketika ini tidak memberi gambaran sebenar terhadap kekuatan sokongan kerana berkemungkinan ramai yang memilih untuk hadir ke stadium selepas tamat waktu bekerja.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga turut mengumumkan lebih 33,000 tiket sudah terjual setakat 5 petang dan angka itu dijangka bertambah menerusi pembelian saat akhir daripada penyokong.

Selain itu, pekarangan stadium dimeriahkan dengan beberapa aktiviti daripada pihak penaja untuk penyokong meluangkan masa sebelum memasuki stadium.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Kim Pan Gon mengesahkan tiket ke final selepas menewaskan India 4-2 sementara Tajikistan mara secara automatik susulan penarikan diri Palestin.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker