Dua nelayan bersaudara yang yang hilang disahkan lemas i Sungai Kayan

Gambar Hiasan

Dua nelayan bersaudara yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan lemas di perairan Sungai Kayan di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Amirul Azril Mohd Shafiee, 34, dan sepupunya, Mohamad Afandy Mamosati, 34, masing-masing ditemukan terapung pada jam 8.20 pagi dan 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kedua-dua mangsa yang dipercayai hilang ketika membawa sampan di Sungai Kayan, Sitiawan di sini, jam 8.20 malam, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, kedua-dua mangsa keluar dari rumah pada jam 1.30 tengah hari semalam untuk membawa balik sampan milik bapa seorang daripada mangsa dari Kampung Sungai Tiram, Sitiawan ke pangkalan Kota Setia di daerah Perak Tengah.



“Jam 2.30 petang semalam, isteri seorang mangsa memaklumkan kepada orang awam untuk mencari suaminya selepas gagal dihubungi.

“Pada hari sama jam 3.30 petang, orang awam menjumpai sampan yang dinaiki kedua-dua mangsa yang dipercayai hilang di sekitar Sungai Kayan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan komuniti nelayan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa.

“Mayat mangsa pertama dijumpai jam 8.20 pagi tadi, manakala mayat mangsa kedua ditemui jam 12.30 tengah hari oleh pasukan penyelamat.



“Bedah siasat di Hospital Seri Manjung mendapati punca kematian disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker