Aishah didakwa buat muka lepas tersingkir GV10
Aishah didakwa buat muka lepas tersingkir GV10
Penyanyi Datuk Aishah dikritik netizen apabila dianggap tidak bersikap profesional selepas memberikan ucapan tidak sepatutnya setelah tersingkir dalam program All Stars Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10), malam tadi.
Selepas diumumkan menduduki tangga terbawah dengan markah sebanyak 43.75 peratus, sekali gus menjadi peserta ketiga yang tersingkir dalam GV10, Aishah secara spontan berkata, penyingkirannya dalam program tersebut merupakan doa orang ramai yang akhirnya dimakbulkan.
Rata-rata berpendapat, sebagai penyanyi senior yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang nyanyian, Aishah atau nama lengkapnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, perlu mempamerkan sikap profesional dan menerima hakikat pertandingan.
Menerusi tinjauan Kosmo! Online, ramai netizen mengkritik cara dan sikap penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu itu apabila dianggap bersikap tidak profesional selain dikatakan suka ‘buat muka’ apabila dikomen di atas pentas.
“Tak profesional langsung. Sebagai penyanyi berpengalaman, tidak seharusnya bagi ucapan sebegitu. Seolah-olah menyalahkan orang ramai sebab dia terkeluar dari pertandingan,” kata seorang netizen.
“Jadilah penyanyi profesional kak Aishah. Rezeki lain-lain. Inikan pertandingan,” tegur seorang lagi netizen.
“Sebaik-baiknya berikan ucapan yang positif setelah tersingkir. Bukannya ucapan yang negatif. Anda mengatakan ramai yang mendoakan anda terkeluar. Jika anda tidak bagus, pasti akan terkeluar. Adat pertandingan,” kata seorang pengguna media sosial.
Sewaktu konsert minggu keempat GV10 yang berlangsung malam tadi, Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta secara duet bersama penyanyi, Vince terpaksa akur apabila tersingkir.
“Rasanya ramai yang gembira apabila doa mereka dimakbulkan untuk lihat saya tersingkir,” ucap Aishah sewaktu diumumkan sebagai peserta GV10 yang terkeluar.
Ucapan yang terluncur daripada mulut penyanyi itu membuatkan ramai pihak terkejut apabila menyifatkan Aishah seolah-olah menyindir netizen yang selama ini tidak suka dengannya. K Online
Aishah didakwa buat muka lepas tersingkir GV10
Baca Artikel Menarik:
- Cinta PKP Sabri, Angeline
- Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu
- Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
- Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu
- Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam
- FD3: Persembahan Shila Amzah dan adiknya terganggu
- GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan
- Nabila Huda selar VIP buang puntung rokok merata-rata
- Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3
- Hetty Koes Endang nasihat Lina Pom Pom, jangan mudah koyak
- Pegawai khas PM dalang kenyataan ‘tak benar’ PMO – ‘Oms’ P Thiagarajan
- Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan
- Protes operasi JPJ, 1000 ‘abang lori’ turun berhimpun
- Abang Sabri sangat baik, saya kagum dengan dia – Angeline Tan
- Puteri Sarah makin mesra dengan Andi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’
Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’