Terbuka Arctic: Lee Zii Jia ‘sebelah kaki’ ke separuh akhir
Jaguh badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia boleh dikatakan sudah ‘sebelah kaki’ melangkah ke separuh akhir Terbuka Arctic.
Ia berikutan Zii Jia, 25, bakal berhadapan dengan rakan senegara, Leong Jun Hao yang berada di ranking lebih rendah iaitu No.38 dunia dalam aksi suku akhir di Vaanta, Finland esok.
Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia, No.14 dunia, menewaskan pemain Indonesia di ranking ke-22 dunia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-17, 18-21, 21-11 dalam tempoh satu jam pada pusingan kedua sebentar tadi.
Ia sekali gus membolehkan bekas juara All England dari Alor Setar, Kedah itu menempah pertemuan dengan Jun Hao, 24, yang mara ke suku akhir selepas membenam pemain Perancis, Arnaud Merkle 15-21, 21-17, 21-19 hari ini.
Berdasarkan rekod pertemuan, kelebihan lebih memihak kepada Zii Jia menerusi dua kemenangan ke atas Jun Hao termasuk menang 12-21, 21-17, 21-16 di Terbuka Australia pada Februari lalu.
Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong juga dalam kelas tersendiri apabila menyambar tiket suku akhir selepas menundukkan jaguh Taiwan, Chou Tien-chen dengan kemenangan straight-set 21-15, 21-16.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?
- Pendang diarah keluar Dewan lagi
- Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain
- Aku tiada di rumah masa kejadian tapi ‘live’ demi mak – Syafiq Amzah
- Skirt Vivy Yusof berharga RM16,000 tarik perhatian ramai
- Zul Ariffin kembali bercinta dengan Gayatri?
- Lima cara menekan Israel
- Kenapa Hamas serang Israel?
- Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut
- Kau ‘bantai’ kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah
- Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu
- Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh
- ‘Stay safe’ Gadot, Raja Ilya dikecam netizen sokong artis Yahudi
- Bella tak percaya suami ke, soal netizen
- Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim