Bumi Palestin ‘dilimpahi darah dan air mata’

Rakyat Palestin bekerjasama menyelamatkan mangsa perang di Gaza selepas negara itu diserang oleh Israel – Gambar REUTERS

GAZA: Seorang doktor di Hospital Al-Shifa, di sini, berkongsi situasi yang semakin genting di Gaza dengan memberitahu tiada katil untuk pesakit yang cedera dan keluarga pesakit yang terluka hanya mampu terbaring di lantai di hospital.

Bercakap kepada BBC News, Dr. Mohamad Matar berkata: “Masalah terburuk yang kita hadapi sekarang adalah kekurangan bekalan – bekalan kita semakin habis dalam semua keperluan.”
Dr. Matar menjelaskan, sepanjang sembilan tahun berkhidmat sebagai doktor di Gaza, beliau “menyaksikan berlaku banyak peningkatan (berhubung) perang antara Israel dan Palestin” tetapi mengatakan (perang) kali ini “sangat… sangat berbeza”.

“Rakan-rakan saya di bilik operasi terpaksa memilih di antara pesakit – siapa yang lebih mungkin untuk bertahan hidup?”

“Hampir semua orang yang cedera terbaring di lantai, lantai penuh dengan darah.”

Beliau menambah: “Kebanyakan mangsa yang saya terima adalah orang awam. Banyak kanak-kanak, wanita. Tiada sesiapa yang memahami apa yang sedang berlaku di sini.” – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker