9 hakim Indonesia memuktamadkan had usia calon presiden, naib presiden

Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Anwar Usman, mengesahkan keputusan semakan kehakiman berhubung had umur minimum bagi calon presiden dan timbalan presiden dalam pilihan raya yang dijadualkan pada Februari 2024.

Beliau mengeluarkan kenyataan sebagai maklum balas kepada pertanyaan wartawan mengenai semakan yang dijadualkan untuk menurunkan had umur calon presiden dan timbalannya yang bakal dibacakan oleh Mahkamah Perlembagaan pada Isnin.

“Kelmarin sudah diputuskan. Insya-Allah jika tiada halangan, sembilan hakim Perlembagaan akan menghadiri sidang bagi membacakan keputusannya pada 16 Oktober ini,” katanya.

Peraturan yang ada sekarang memperuntukkan had umur minimum bagi calon presiden dan timbalan presiden adalah 40 tahun.

Sebelum ini, Mahkamah Perlembagaan menerima tujuh permohonan semakan kehakiman yang mendesak untuk menurunkan had umur calon presiden dan timbalan presiden kepada 35 tahun.

Keputusan pembacaan semakan ini dibuat empat hari sebelum pendaftaran calon dijadualkan untuk dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia pada 19 Oktober.

Jika permintaan untuk menurunkan had umur calon presiden dan timbalan presiden diterima, anak sulung Presiden Joko Widodo (Jokowi), yang kini memegang jawatan Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka, berpotensi untuk memasuki Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

Sebelum ini, Encik Gibran mengakui bahawa Pengerusi Parti Gerindra, Encik Prabowo Subianto, telah mengulangi permintaan untuk bergandingan dengannya sebagai calon timbalan presiden, walaupun usianya baru mencapai 36 tahun.

Pakar undang-undang perlembagaan dari Universiti Andalas, Encik Feri Amsari, berkata mahkamah tidak sepatutnya mengambil kes itu, dengan alasan perubahan yang diminta sepatutnya dilakukan dengan mengemukakan rang undang-undang ke Parlimen.

“Ini tidak sihat untuk demokrasi di negara kita,” katanya sambil menyatakan proses pilihan raya sudah dijalankan.

“Walaupun mahkamah berkemungkinan mengekalkan umur minimum tidak berubah, hakim boleh menambah klausa yang membenarkan sesiapa yang berpengalaman bekerja sebagai pegawai kanan kerajaan untuk dicalonkan,” kata Encik Feri, sambil menambah ini masih akan menguntungkan Encik Gibran jika beliau bercadang untuk bertanding. – Agensi berita.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker