Pelajar sekolah menengah dipukul 4 rakan kerana tak mahu sertai ‘geng’

Pelajar sekolah menengah dipukul 4 rakan kerana tak mahu sertai ‘geng’

MUAR: Empat pelajar sebuah sekolah menengah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pelajar lain kerana enggan menyertai kumpulan mereka, Khamis lalu.

Keempat-empat pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu dengan seorang daripadanya berhadapan dua pertuduhan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Norfarah Syahidah Mohd Noh.



Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan bersama-sama, mereka didakwa menumbuk dan memukul seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di perhentian bas hadapan sebuah sekolah menengah di sini, pada jam 1.20 petang, 5 Oktober lalu.

Berikutan itu, semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun juga berhadapan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen sama kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 15 tahun. Semua kejadian dan masa berlaku di tempat sama.



Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohammad Zuwairi Md Nor manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon supaya jaminan tertinggi dikenakan dengan mengambil kira tindakan dibuat ke atas semua tertuduh.

Mahkamah kemudian, mengarahkan tiga tertuduh diikat jamin RM1,000 setiap seorang manakala tertuduh yang dikenakan dua pertuduhan pula diikat jamin sebanyak RM1,700.

Susulan pengakuan tidak bersalah dibuat semua tertuduh, mahkamah menetapkan 21 November ini sebutan semula kes, serahan dokumen, laporan akhlak serta lantikan peguam. BH



Pelajar sekolah menengah dipukul 4 rakan kerana tak mahu sertai ‘geng’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker