Mahathir bidas negara Barat membisu isu Palestin

Mahathir menyelar tindakan negara Barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang dan memberi sokongan dengan membekalkan senjata kepada rejim itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, lebih 70 tahun Israel dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti.

Katanya, hampir setiap hari, tentera Israel membunuh orang Palestin dengan alasan mereka yang dibunuh ialah pengganas.

“Siapa yang menentukan orang Palestin yang dibunuh ialah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah?

“Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah negara pengganas yang berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Mahathir berkata, tindakan Hamas ialah langkah orang yang sudah tenggelam punca, hilang harapan bagi mendapatkan keadilan dari negara besar yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan.

“Tidakkah sesuatu yang dijangka Hamas dan juga mana-mana orang Palestin yang dijajah oleh Israel, didera, dibunuh and dihina seperti binatang, bertindak sebagaimana yang kita saksikan hari ini?

“Pada waktu ini juga, kita menjadi saksi kepada tindakan Israel yang berusaha mengatasi keganasan yang mereka tuduh dilakukan oleh Hamas,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, Israel membunuh kanak-kanak dan bayi Palestin kerana mendakwa mereka akan membesar menjadi pengganas.

“Dengan alasan itu mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker