Kahwini abang ipar sendiri, wanita rasa bahagia
Seorang wanita Depok, wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mengahwini abang ipar sendiri setelah kakaknya meninggal dunia, sekali lagi menjadi perhatian selepas dia berkongsi perkembangan terbaharu keluarga mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.
Rafida Sonia, 24, mula mencuri perhatian ramai tahun lalu selepas dia berkongsi video majlis perkahwinan arwah kakaknya yang berlangsung pada 2014.
Dalam masa sama, dia memuat naik video majlis pertunangannya dengan lelaki sama iaitu abang iparnya sendiri.
Menurut Rafida, kakaknya meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama abang iparnya yang kini merupakan suaminya. Arwah meninggalkan seorang anak.
Bagi memastikan anak tersebut tidak berasa kekurangan kasih sayang seorang ibu, abang iparnya membuat keputusan mengahwini Rafida, memandangkan wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak itu.
Kini, Rafida berkongsi kehidupan bahagia mereka setelah berumah tangga yang sekali lagi mendapat perhatian pengguna media sosial.
Dia berkongsib gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.
“Setiap kali kami merindui kakak, kami berdoa untuknya di mana-mana sahaja selain turut menziarahi kuburnya bersama-sama.
“Gambar kakak turut diletakkan di rumah supaya anaknya sentiasa mengingati wajah ibunya,” kata Rafida. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?
- Pendang diarah keluar Dewan lagi
- Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain
- Aku tiada di rumah masa kejadian tapi ‘live’ demi mak – Syafiq Amzah
- Skirt Vivy Yusof berharga RM16,000 tarik perhatian ramai
- Zul Ariffin kembali bercinta dengan Gayatri?
- Lima cara menekan Israel
- Kenapa Hamas serang Israel?
- Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut
- Kau ‘bantai’ kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah
- Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu
- Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh
- ‘Stay safe’ Gadot, Raja Ilya dikecam netizen sokong artis Yahudi
- Bella tak percaya suami ke, soal netizen
- Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim
GV10: Sah Elly Mazlein undur diri
You must be logged in to post a comment.