Isu beg kuning Tiktok, Wawa Zainal & Aeril Zafrel bersedia

Pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengakui sudah bersedia sekiranya kerajaan Malaysia turut mengikut jejak langkah Indonesia yang telah mengharamkan sebarang transaksi e-dagang di platform media sosial popular, TikTok.

Menurut Aeril dan Wawa yang menjalankan perniagaan kecantikan Wawa Cosmetics, sebagai peniaga dan usahawan, mereka akur dengan sebarang keputusan oleh kerajaan dan akan mencuba menyusun strategi terbaik untuk perniagaan mereka.

“Sebagai usahawan, kami sedar dengan perkara terbabit. Saya difahamkan penutupan TikTok Shop di Indonesia adalah untuk menambah baik ekosistem perniagaan di negara terbabit.

“Ada ura-ura juga yang mengatakan Malaysia bakal mengambil tindakan sama. Nak kata bersetuju sekiranya perkara itu akan terjadi pun tak boleh juga kerana banyak peniaga kecil kami yang menjual produk menerusi TikTok Shop.

“Sebelum adanya TikTok Shop, kami ‘survive’. Kami memulakan serta membangunkan bisnes sebelum adanya TikTok Shop lagi,”kata Aeril.

Wawa dan Aeril ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu mereka, Wawa Tinted Sunscreen di Puchong, baru-baru ini.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan mengumumkan Indonesia mengharamkan TikTok Shop yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian berkuat kuasa serta-merta.

Ia bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga ditawarkan terlalu murah hingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis serta menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat lagi bermanfaat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan itu pada 7 Oktober lalu berhubung pertimbangan kerajaan Malaysia mengenai tindakan yang dilakukan oleh Indonesia mengharamkan TikTok Shop sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

Tambah aktor Serpihan Sayang itu, mereka sudah ada perancangan tersendiri sekiranya TikTok Shop diharamkan di Malaysia.

“Ada atau pun tidak TikTok Shop, kami sudah mempunyai perancangan masa hadapan mengenai apa yang bakal dilakukan. Kalau kena ‘ban’, kami sudah merangka apa yang kami harus buat.

“Jika ia masih diteruskan, kami pun sudah mempunyai perancangan yang bakal dilakukan.Ada stokis bergantung dengan TikTok Shop, ada juga stokis yang bergantung kepada jualan secara offline, mereka mempunyai ‘team’ yang ramai.

“Apa pun keputusan kerajaan, kami sudah bersedia. Jika benar ia bakal dilaksanakan di Malaysia, kami harap pihak berkuasa dapat memberi masa untuk peniaga dan keputusan tidak dibuat dengan drastik,” katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai rangkaian produk terbaharu yang dilancarkan, kat Wawa, Wawa Tinted Sunscreen menawarkan solusi dua dalam satu yang mana, penggunaan krim tabir suria atau ‘suncreen’ cukup penting dalam rutin penjagaan kulit wajah terutama untuk cuaca Malaysia yang panas.

“Kami memilih SPF 35+ dan PA+++ kerana ini kandungan yang terbaik bagi perlindungan wajah, ia tidak berminyak dan cukup ringan. Jadi selesa dipakai walau seharian di luar.

“Buat masa ini kami hanya mempunyai tona warna ‘light’ dan ‘natural’ sahaja, namun melihatkan permintaan yang cukup positif, Insya-Allah lebih banyak pilihan tona warna akan dikeluarkan,” kata Wawa.

Dalam acara sama, Wawa dan Aeril turut mengumumkan personaliti media sosial popular, Dahlia Rizal sebagai wajah untuk produk berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker