Isham tidak mahu berdebat dengan Zahid di dalam mesyuarat MKT

Sebaliknya beliau mahu berdebat di luar

Isham tidak mahu berdebat dengan Zahid di dalam mesyuarat MKT

Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil menyahut cabran untuk berdebat dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun Isham meletakkan syarat agar debat itu diadakan di gelanggang yang neutral, dan bukannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang majoritinya adalah orang-orang yang dilantik Ahmad Zahid.

“Jika saya berdebat di gelanggangnya dan “salurannya”, itu berat sebelah dan tidaklah bijak. Saya bukanlah sebodoh yang dia sangka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Isham berkata demikian merujuk wawancara Ahmad Zahid dengan Berita Harian di mana presiden Umno itu mencabarnya untuk berdebat sekiranya dia ‘anak jantan’.

Kata Isham, Ahmad Zahid dalam artikel tersebut merujuknya sebagai ‘bekas Ketua Penerangan’ yang ‘menang bertanding MT’ baru-baru ini dan “tidak sependapat dengan presiden”.

“Dia juga rujuk saya sebagai yang ‘tidak datang mesyuarat’.

“Dia suruh saya bentang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk beri pandangan dan katanya bukan ‘berkokok di luar’.

“Apa yang dia tidak beritahu ialah sebelum ini (sebelum Pilihan Raya Negeri bersama PH) saya telah ingin bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi tetapi dia tidak beri.

“Apabila tiba giliran saya bercakap dia terus tutup mesyuarat tanpa beri saya berhujah. Apa guna saya datang mesyuarat jika hanya untuk ikut kehendaknya untuk endorse DAP dalam mesyuarat?” soalnya.

Justeru Isham berkata dia sedia meletakkan jawatan sebagai anggota MT sekiranya tewas dalam debat yang disiarkan secara langsung di hadapan akar umbi Umno.

“Jika Datuk Seri menang saya akan letak jawatan. Jika saya menang, Datuk Seri boleh buat referendum parti, atau buat pemilihan Presiden, atau fikirkan apa yang patut dibuat oleh Datuk Seri. Itu jika Datuk Seri berani dan anak jantan,” katanya.

Tak setuju kerjasama dengan DAP

Dalam hantaran itu Isham mengakui dia tidak sependapat dengan Ahmad Zahid selepas presiden Umno itu membuat keputusan berkerjasama dengan DAP dalam pilihan raya.

“Saya telah serah semula jawatan Ketua Penerangan Umno itu sebab jika saya masih memegangnya saya perlu memperjuangkan DAP dan menutup sebelah mata ke atas perjuangan DAP menegakkan Malaysian Malaysia. Ini bertentangan dengan pendirian saya.

“Mungkin dia terasa hati dan koyak dengan pendirian saya itu. Namun dia tidak boleh paksa saya dan akar umbi untuk terima DAP.

“Dia juga tuduh kononnya saya ‘baling batu sembunyi tangan’ walhal saya tidak pernah menyuruh orang-orang saya menghentam Presiden sebagaimana orang-orang Presiden disuruh menghentam saya.

“Sebagai pemimpin kita tidak boleh jadi munafik atau kerap berbohong terutama untuk menjatuhkan orang yang tidak menyokong kita,” katanya. Mk

Isham tidak mahu berdebat dengan Zahid di dalam mesyuarat MKT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker