Suami Sheila Majid, Datuk Acis masuk IJN

ACIS selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) pagi semalam berikutan keadaan jantung yang tidak stabil.

Pengarah muzik terkenal, Datuk Acis selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) pagi semalam berikutan keadaan jantung yang tidak stabil.

Isterinya yang juga penyanyi, Datuk Sheila Majid berkata, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak Isnin lalu selepas berdepan masalah pernafasan dan pedih ulu hati.

“Suami saya, Acis dimasukkan ke IJN Isnin lalu kerana mengalami kesukaran bernafas dan pedih ulu hati. Selepas pemeriksaan, pihak hospital mengenal pasti keadaan jantungnya tidak stabil.

“Pagi semalam Acis selamat menjalani prosedur angiogram, disusuli prosedur angioplasty. Alhamdulillah kedua-dua prosedur itu berjaya.

“Doktor membuat pemasangan ‘stent’ pada arteri utama selain meletakkan dua belon di bahagian lain arteri yang tersumbat dalam jantung.

“Dia kini masih dirawat di hospital untuk pemantauan dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Insya-Allah,” tulisnya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, ibu kepada empat anak itu turut berkongsi beberapa gambar sepanjang menemani suaminya di wad hospital.

Penyanyi Sinaran itu turut bersyukur apabila masalah yang dihidapi suaminya dapat dikenal pasti dengan lebih awal.

Pasangan terbabit juga tidak ketinggalan menzahirkan terima kasih kepada semua pihak pihak terutama pasukan perubatan yang memastikan semuanya lancar.

“Syukur kerana semuanya telah berakhir, kini dia perlukan rehat.

“Saya dan Acis berterima kasih kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan IJN atas perkhidmatan yang memuaskan bagi keselesaan Acis.

“Terima kasih kepada jururawat yang bersilih ganti menjaga Acis sewaktu ketiadaan saya di sana serta terima kasih semua atas doa, kami amat menghargainya.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana masalah ini dikesan awal. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Sheila dan Acis atau nama penuhnya Hashridz Murshim Hassim, 52, mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Ratu Jazz itu mempunyai dua lagi anak iaitu Wan Nur Khaleda Aziz Roslan dan Megat Abdul Majid Aziz Roslan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker