PRK Pelangai: 65% keluar mengundi setakat 3 petang

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencatatkan 65 peratus setakat 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian di sembilan pusat mengundi masih berjalan dalam keadaan cuaca yang baik dan pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini.

Proses penjumlahan rasmi undi akan dilakukan di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong.

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh semalam menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini mencecah 75 peratus dengan keputusan dijangka diketahui pada 9 malam ini.

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker