Keputusan tidak rasmi PRK Pelangai: BN mendahului meninggalkan PN

BENTONG – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam mendahului dengan 6,533 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negari (DUN) Pelangai setakat jam 7.40 petang ini.

Dalam keputusan yang dipaparkan di pusat gerakan BN di Simpang Pelangai mendapati Amizar meninggalkan calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat yang meraih 3,747 undi.

Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli setakat ini mendapat 37 undi ketinggalan di belakang kedua-dua calon lain.



Keputusan itu setakat kiraan bagi 28 saluran berbanding 31 saluran keseluruhannya.

Dalam pada itu, kiraan tidak rasmi bagi undi pos pula menyaksikan BN mendapat 47 undi berbanding PN dengan 13 undi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker