Banjir kilat landa KL

 

Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sekitar jam lima petang tadi.

Antaranya Jalan Chan Sow Lin, Jalan Raja Chulan, Jalan Kinabalu, Salak Expressway, Jalan Loke Yew, MRR2, Jalan Cheras, AEON Maluri, Jalan Sri Permaisuri, Yaacob Latif Tunnel dan Jalan Travers.



Ini menyebabkan gangguan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Rapid KL melalui siaran bebenang di media sosial memaklumkan gangguan perkhidmatan bas.

“Bas tidak dapat beroperasi buat masa ini disebabkan banjir kilat,” kata Rapid KL pada hantaran di X pada jam 5.58 petang tadi.

“Semua hentian bas tidak dapat dilalui,” katanya seminit kemudian.



Menurut Rapid KL lagi, bas juga tidak dapat melalui ke terowong Jalan Chan Sow Lin disebabkan banjir.

“Bas akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala Jalan Sungai Besi dan kembali ke laluan asal,” katanya pada hantaran jam 6 petang tadi.

Menurut hentian bas yang tidak dapat dilalui ialah LRT Chan Sow Lin, Pencetakan Nasional, Hyundai Services, Perindustrian Trisegi dan Toyota Sungai Besi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker