Untung dapat kail dua ekor ikan kelah merah liar berharga RM2,400

Untung dapat kail dua ekor ikan kelah merah liar berharga RM2,400

JERANTUT: “Saya seakan bermimpi apabila berjaya mengail dua ikan kelah merah liar yang sukar diperoleh dan berharga RM600 sekilogram ini,” kata kaki pancing, Adzland Zakaria, 50, dari Taman Perumahan Embun Jaya di sini.

Usahanya memancing semalam, menggunakan umpan buah sawit yang diperam selama seminggu ternyata berbaloi apabila memperoleh dua ekor kelah merah masing-masing seberat dua kilogram yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM2,400.



Katanya, ikan kelah merah atau nama saintifiknya Tortambra menjadi buruan kebanyakan kaki pancing kerana bernilai tinggi di pasaran untuk dijadikan menu istimewa atau sebagai perhiasan akuarium.

“Ikan kelah merah adalah ikan sungai yang paling sukar ditangkap dan harganya mahal, menjadikan spesies ini diberi jolokan raja sungai.

“Sebab itu, kejayaan menaikkan dua ekor ikan ini selepas mengail bersama empat rakan di Sungai Sat , Hulu Tembeling semalam sangat mengejutkan,” katanya.

Adzland berkata, beliau pada awalnya hanya memperoleh ikan lampan, baung, temoleh dan kerai saja sebelum berjaya mengail ikan kelah merah liar dalam tempoh selang sejam.



“Ikan ini berharga RM600 sekilogram jika dijual masih hidup dan sekitar RM250 hingga RM300 sekilogram jika sudah dibekukan.

“Bagaimanapun, kami tidak menjual ikan ini, sebaliknya menikmati keenakan isinya selepas dimasak secara kukus,” katanya. BH

Untung dapat kail dua ekor ikan kelah merah liar berharga RM2,400

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker